Salam sejahtera saya ucapkan...Alhamdulillah kita masih lg dilandasan yang masih panjang menuju ke satu garisan, garisan yg telah ditentukan,garisan yg penuh penyesalan, iaitu kematian.Orang yg cerdik adalah org yg sentiasa ingat akan kematian. Baiklah tu just muqaddimah n peringatan utk diri sy dan pembaca. Nak ckpnye psal exam je..its around da corner a'ight? Sumer tungkus lumus ulangkaji pelajaran, ble dh penat kita rehat sat...So meh kite pakat kutip sket beberapa tips sy nk kongsi. Tips ni dipetik dari buku Tips Pelajar Cemerlang oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah :
1.Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
2.Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
3.Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
4.Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.
5.Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
6.Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.
7.Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
8.Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
9.Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
10.Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
11.Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
12.Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
13.Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
14.Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
Bersambung...cuber hadam yg ni dlu..nti tips laen akan menyusul...wssalam.HAppy stadi kpda kawan2 gigi dan medic. Rabbana yassir...alaika attaisir fainna yassir~
No comments:
Post a Comment